Unit Equine
Bestari telah diwujudkan pada 2015 dibawah pengurusan University College
Bestari sebagai salah suatu kemudahan, pengajaran, penyelidikan dan
perkhidmatan kepada warga University College Bestari dan masyarakat tempatan. Penubuhan Unit Equine Bestari ini, dilihat
sebagai suatu platform bagi melahirkan warga universiti yang mempunyai sifat kepimpinan
yang tinggi, berkeyakinan, bijak mengendali situasi mempunyai personaliti yang
mampan dari sudut lahiriah dan rohani.
Selaras dengan
penubuhan University College Bestari
sebagai universiti waqaf, penubuhan Unit Equine Bestari ditubuhkan bagi menghidupkan
sunnah Rasulullah s.a.w di kalangan staf dan siswa siswi di University College
Bestari dan memberi kesedaran perihal kebaikan berkuda secara fizikal dan
mental. Sabda Rasulullah s.a.w,
“Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)” (Riwayat
Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan