Rabu, 25 Mei 2016

PERANCANGAN STRATEGIK



FASA 1: TERTUMPU KEPADA PENAMBAHBAIKAN  FASILITI PUSAT KEGIATAN EQUINE BESTARI

OBJEKTIF 1.1:  Menaik taraf fasiliti keseluruhan
           
1.1.1  Pembinaan stable dan kawasan mengikut spesikasi serta piawaian yang ditetapkan Majlis Equine Malaysia- selaras  penawaran Diploma Pengurusan Kuda oleh Kolej Teknologi Bestari (KTB).
1.1.2   Pembinaan keperluan asas pemeliharaan kuda seperti paddock , arena dan trek menunggang kuda.

OBJEKTIF 1.2: Penambahbaikan peralatan asas sukan berkuda
  
1.2.1 Penambahbaikan peralatan asas menaiki kuda bagi tujuan keselamatan dan keselesaaan penunggang seperti  saddle, bridle, bits dan  helmet
1.2.2 Penambahbaikan peralatan merapi kuda bagi tujuan kebersihan dan kesihatan kuda seperti comb, hoofpick, body brush dan sweat scrapper.
   

FASA 2: MEMBINA ORGANISASI YANG BERPENGETAHUAN DALAM  BIDANG EKUESTRIAN

OBJEKTIF 2.1:  Menggalakkan Ahli-Ahli Untuk Mendapatkan Latihan Dan Sijil Profesional
 
2.1.1 Menggalakkan ahli-ahli untuk mengambil latihan yang membolehkan mereka untuk belajar secara progresif mengenai kuda dan penjagaan kuda dan menunggang kuda.
2.1.2 Menggalakkan ahli-ahli untuk mengambil sijil professional berkuda bagi melahirkan lebih ramai ahli unit equine yang diiktiraf di peringkat global.
2.1.3 Jalinan hubungan bersama pengurusan pusat equine di seluruh Malaysia bagi tujuan membina jaringan industri bagi pelajar yang berbekebolehan di dalam pengurusan kuda.

FASA 3: MEMPROMOSIKAN UNIT EQUINE BESTARI SEBAGAI PUSAT REKREASI DAN LATIHAN JATI DIRI DI KALANGAN MASYARAKAT, SISWA SISWI DAN GOLONGAN PROFESSIONAL

OBJEKTIF 3.1: Memperkenalkan Unit Equine Bestari sebagai medium bagi membina jati diri individu.
 
3.1.1   Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan sukan berkuda dalam membina jati diri individu yang mampan.
3.1.2    Menjalankan kerjasama diantara universiti dan  kolej  tempatan , terutamanya di Terengganu dalam  meletakkan pengisian sukan berkuda di dalam  modul  kepimpinan siswa siswi oleh persatuan dan kelab universiti.
3.1.3  Membuktikan kebolehan serta kepimpinan siswa siswi University College Bestari dalam pengendalian aktiviti Unit Equine Bestari.

OBJEKTIF 3.2: Unit Equine Bestari sebagai pusat  terapi bagi pesakit kurang upaya dan masalah kesihatan
 
3.1.1  Jalinan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjadikan unit equine   bestari sebagai pusat terapi berkuda.

3.1.2  Memperkenal terapi berkuda kepada pesakit saraf, autisme, syndrome down serta masalah emosi (psychology).

VISI & MISI

VISI
Untuk menjadi unit ekuestrian yang mengikut spesifikasi antarabangsa dan menyediakan aktiviti rekreasi kuda bagi  pelajar University College Bestari (UCB), peminat kuda, masyarakat dan pelancong.

MISI
·         Untuk  menggalakkan sukan ekuestrian di kalangan pelajar UCB dan kakitangan dan orang ramai di negeri Terengganu.
·         Untuk menjadi universiti swasta pertama di Malaysia yang menawarkan pusat ekuestrian yang berkonsepkan “Bersukan sambil Beramal” selaras dengan penubuhan University College Bestari yang berteraskan konsep waqaf.
·         Menjalankan usahasama bersama SSC, Majlis Equine Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan UUM Equestrian Centre.

·         Membangunkan kerjaya dalam bidang pengurusan kuda dan  sukan ekuestrian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti Endurance, Show Jumping dan Dressage .

KEBAIKAN AKTIVITI BERKUDA

Secara saintifiknya, sukan berkuda mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan fizikal, dimana ia melibatkan seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki seperti tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary dan organ perkumuhan. Sebagai contoh, bentuk lekuk badan belakang kuda, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
Selain memberi impak terhadap kesihatan fizikal, aktiviti berkuda juga memberi kesan positif terhadap perkembangan mental dan rohani. Aktiviti berkuda berkesan dalam membina keyakinan diri, disiplin, sifat tanggungjawab serta kebolehan berinteraksi terhadap individu.

Kajian telah dijalankan dan membuktikan bahawa sukan berkuda memberi banyak impak positif dan semakin popular di negara bukan Islam seperti Jepun dalam melahirkan generasi muda yang sihat fizikal dan mentalnya.Perkembangan sukan berkuda di Malaysia juga semakin meningkat serta setanding dengan sukan berkuda antrabangsa dan terdapat banyak disiplin antaranya adalah dressage, showjumping dan endurance.

PENGENALAN UNIT EQUINE BESTARI

Unit Equine Bestari telah diwujudkan pada 2015 dibawah pengurusan University College Bestari sebagai salah suatu kemudahan, pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan kepada warga University College Bestari dan masyarakat tempatan. Penubuhan Unit Equine Bestari ini, dilihat sebagai suatu platform bagi melahirkan warga universiti yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, berkeyakinan, bijak mengendali situasi mempunyai personaliti yang mampan dari sudut lahiriah dan rohani.

Selaras dengan penubuhan University College Bestari  sebagai universiti waqaf, penubuhan Unit Equine Bestari ditubuhkan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di kalangan staf dan siswa siswi di University College Bestari dan memberi kesedaran perihal kebaikan berkuda secara fizikal dan mental. Sabda Rasulullah s.a.w, “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)” (Riwayat Muslim).